html>
Salihah Nadiah❤
The Only Exception
ini bukan sia sia
11 Oktober 2013 | 7:54 PTG | 0 comments
‘truuuut truuuuut….’

Lagu di phonenya berbunyi, tanda ada mesej yang masuk.Dia membuka beg kecil berwarna hitam yang menyimpan phone kesayangannya di dalam itu.
Lantas handsetnyadicapai.

"assalamualaikum.awak,malam ini ada ceramah, ustaz best.Nanti datanglah ye"

Dia senyum lalu membalas:

"insyaALLAH...................................."

Dia mengenggam kemas handset kesayangannya.selama hidupnya, itulah hadiah termahal sekali yang dia peroleh dari ibu bapanya.Menyedari yang dia bukan datang dari keluarga yang senang, itupun membuatkan dia bersyukur sekali.

****************************************************
Dia baru pulang dari kuliah.
harini, dia penat sungguh.Lantas dia membuka beg galas kuliahnya.
"eh, mana handset aku?"
diselongkar habis beg galas itu.tiada!
Dia panik.tak mahu hilang handsetnya untuk kali kedua.
diselongkar lagi sekali.dan cuba mengingat kembali samada dia ada tersalah letak dimana-mana.memang tiada!
Apabila sudah dikeluarkan barang-barang semua dan diperiksa berkali-kali dia terpaksa akur yang dia sudah kehilangan handsetnya pula kali ni.
baru minggu lepas dia kehilangan beg dompetnya.Tapi kali ini, ALLAH menguji lagi, handsetnya pula yang hilang.Dia menangis.mungkin bagi orang lain itu perkara yang sangat kecil,tapi baginya phone itu sangat benilai.itu hadiah dari ibunya.dan untuk mendapatkan handset yang semahal itu, hanya dia yang tahu berapa lelah dan keringat ibu dan ayahnya yang mengalir.

'kenapa kak, saya baru nak berubah, nak dekat dengan ALLAH.Tapi kenapa, bila saya makin nak hampir denganNYA, kenapa makin kuat ujian yang saya terima"

"kadang-kadangALLAH sengaja menguji orang yang nak hampir dengannya.untuk naikkn martabatkita disisiNYA" terang naqibahnya, cuba memujuk.

'tapi, jangan macamni.saya dah down ni" ya..dia benar-benar rasa down.takut kalau dia diuji lagi, dia xmahu dah jadi baik.

"adik, ALLAH uji tu, kadangkadang ada 2 sebab.satu, ya.nak naikkan martabat adik.tapi keduanya,mungkin kerana ALLAH nak menegur sesuatu. cuba adik semak balik.Atas urusan apa adik gunakan handset tu.ke arah yang baik atau buruk.buatkan adik makin hampir dengan ALLAH, atau makin jauh"

dia senyap. akubuat salah apa? handset tu aku guna mostly untuk akedemik' yakin!

Lembut sungguh kata dari kakak usrahnya, membuatkan serba sedikit dia cuba untuk redha dengan apa yang menimpanya.

'ALLAH tengah ajar tu..itulah, salah guna lagi nikmat yang ALLAH beri!" sinis sungguhbunyinya.

'pakaian mcm ni,Nampakmacam dah baik, pakai tudung tapi  mesej24 jam dengan lelaki.”dia terdiam.

‘kau ni, Nampak jemacam dah berubah,dah pakai tudung bagai.tapi perangai macam tu je”

‘kadang kala baca al quran, cuba semak-semak jugak ayat yang ada dalam al quran tu, inilah masalah kita baca al quran, tapi kita tak faham maksudnya’

‘jangan terlalu sedih dengan ujian yang menimpa, takut nanti kita ibarat tak redha dengan ujian yang ALLAH bagi.’

‘Jangan la suka sangat berkawan dengan lelaki, kalau aku boleh nape kau xboleh?’

 STOP!!
Dia membungkam disejadahnya.menangis teresak-esak. Setiap kata dari kakak usrahnya, dan darirakan-rakannya ibarat berpusing-pusing, berbisik-bisik di telinganya. Semakinlama semakin kuat bunyinya.

‘YA ALLAH, aku takmahu dengar semua ni’

Dia buntu.
Dia down.

terbayang-bayang di matanya, dia yang dulu.sedang berjalan bebas dengan rambut yang terdedah, jeans yang ketat, dan bergaul bebas.tak mengira lelaki atau perempuan.

'tapi itu dulu.masa tu aku jahil.sekarang aku dah tahu.tapi bagilah can untuk aku improve diri' hatinya berbisik.

Dia memandang keatas, setelah lama dia membiarkan dirinya membungkam di atas sejadah.Kedua belahtangannya diangkat

'aku tak layak kanYA ALLAH, KAU benci sangat dengan aku ke, sebab tu kau uji aku, biar aku jauhdari KAU' 

‘dulu aku banyak dosa.hina sangat.itukah penyebab untuk aku lansung x boleh menjadi taat padaMU.

"apa salahku Ya ALLAH..”

‘benarkah aku tak layak untuk berada di sisiMU, sepeti apa yang rakan-rakanku perkatakan’

di setiap sujudnya,dia masih mengharapkan ALLAH memberi petunjuk untuknya.
***********************************************************
Dia melalui pondokpengawal.Pakcik pengawal itu senyum padanya
"dik, kenal takorang nama ni"kata pakcik tersebut apabila dia melintasi pondok pengawal.
''eh, ini namasaya.kenapa pakcik?'
"owh, betul?kejap eh"
'pakcik itu memberisesuatu padanya.
"eh ini barangsaya ni pakcik! mana pakcik dapat? siapa yang bagi ?"
gembira sungguhmelihat beg kecil yang mengandungi handsetnya di dalam itu.
'entah budakperempuan ,pakcik tak sempat tanya namanya., dia terus pergi selepas berini"
Kerut-kerut dahipakcik tersebut, cuba mengingat.
‘owh..xpepakcik.terima kasih’

*********************************************************
sampai sahaja dibilik, dia terus membuka, beg kecil tersebut.lantas phone yang ada di dalamitu, dibeleknya.

"ALLAH, apa dah jadi dekat phone ni..kemek sana sini"
dia terkejut melihat keadaan phone tersebut.kemek teruk di bahagian kanan.dan calar yang sangat teruk di bahagian skrin.
'hidup lagi ke ni?"
lantas disambung ke charger, dan akhirnya lampu menyala.
'Alhamdulillah,hidup lagi!'
dia membuka keruangan photo.
masih sama.
'orang ni, xguna phone ni rasanya'
'owhh, baik bukak ke ruangan mesej' Lantas gambar sampul surat kuning ditekannya.

"assalamualaikum.awak,malam ini ada ceramah, ustaz best.Nanti datanglah ye"

'insyaALLAH, awak pergi?'

'InsyaALLAH pergi,ustaz tu best.Awak tengah buat ape ni?"

'baru balik dari kelas'

'nanti saya dapat tengok awak dari jauh'

'buat apa naktengok saya'

'saya suka tengokawak. sejuk mata memandang'

'erm..yeke?sebenarnya saya pun suka tengok awak"

dia terus menutup handset tesebut.menutup mukanya.

"malunya!orang yang curi handset ni baca ke semua mesej ni"

--'kau malu dengan orang tu, dengan ALLAH kau tak malu?" seakan ada suatu suara di benak hati, menekannya.
dia mengeleng-gelengkan kepalanya.ada butir jernih yang begenang di matanya.

'Ya ALLAH ampuni aku'

dia buka kembali.satu persatu mesej lamanya dibuka.dan di setiap mesej yang dibuka ada airmata yang mengiringi.

'antara ujian yang kuat untuk orang yang baru nak mendekati ALLAH, adalah orang yang berlainan jantina'

terngiang-ngiang kata dari kakak usrahnya. 'YA Allah, kenapa aku tidak sedar waktu tu"
lagi.semakin deras tangisannya kali ini.

Dia membaca lagi mesej2 yang ada di dalm phone itu.dan baru sahaja beberapa minit, tiba-tiba phone itu termati.
‘eh, kenapa ni!’

ALLAH AKBAR ALLAHUAKBAR!

Lina tersedar dari lamunan.
Memandang kesekeliling, dan kemudian memandang ke arah tangannya. Handset kepunyaannya itu sudah tiada di tangannya.
Lina baru tersedar,ru panya dia hanya menegelamun ,terkenang kisah lama.
Handset itu memangdah tiada.
ALLAH memulangkankembali handsetnya itu hanya untuk sementara, kerana sejurus lepas dia membaca mesej itu kembali,phone tersebut, sudah tak hidup-hidup.

Kalian tahu, ibarat ALLAH meminjamkan kembali barang yang sudah ditarik olehNYA, hanya untuk menunjukkan kepadanya atas sebab apa nikmat itu ditarik.
Dan dia bersyukur,ALLAH memakbulkan doanya.DIA sedang memberi petunjuk buatnya. Memberi jawapan pada persoalannya.

Benar. ALLAH menguji itu ada 2 sebab. Menaikkan taraf kita di sisiNYA.dan yang keduanya, DIA sedang menegur. Dan subhanallah, teguranNYA itu sangat halus, tinggal kamu sahaja untuk mengamatinya.

Tapi percayalah,setiap ujian yang ALLAH beri ,tanda ALLAH sayang.DIA tidak memberi ujian itu untuk saje-saje. Kita manusia, ada up & down nya.ada kalanya kita terlalu berada di zon selesa, sehingga kita terlupa walaupun kita berada dalam suasana tarbiah sekalipun.Maka atas sebab itu, DIA memberi sedikit ‘jentikan hati’.Moga dengan itu, kita semakin hampir dan hampir denganNYA.
bersangka baiklah pada nYA.

& people
please.dont judge.
Jangan membandingkandiri kamu dengan diri dia.
cabaran yang kamu hadapi, mungkin tak sama dengan cabaran yang dia hadapi.
Ujian yang kamu lalui, mungkin tak sama berat dengan dia tempuhi.
mungkin hanya diatahu segala macam struggle yang dia lalui.
ALLAH mempunyai susun atur hidup yang berbeza-beza untuk setiap hambanYA
dan barangkali, apa yang sedang dia lalui sekarang ini, sebagai satu ajaran hidup yang ALLAH mahu beri kepadanya.
Tegurlah dengan cara berhikmah.

Dan kalian.
Benar.bila kita mula baru hendak menjadi baik (or true muslim), kita memang akan hadapi dugaan yang berbagai.
tohmahan, jelikan, dan berbagai cara lagi.
Dan sebenarnya ujian yang berbagai ini,hadiah dari ALLAH untuk buat kita lagi kuat.

Teringat kata-kata sang murabbi ‘semakin hebat seseorang itu, semakin kuat ujian buatnya’
Sematkan ALLAH dan Rasulullah di hati.maka kita akan terasa kekuatannya di situ.
Bila terima segala ini.
Senyum
Bisikkan di hati ‘ALLAH, aku yakin,  ini bukan untuk sia-sia’








TERASA :(
panah syaitan
05 Oktober 2013 | 10:34 PTG | 0 comments


1. Ego

tak ingatkah kamu?..
Ego ini sifat Iblis..
yang pertama harus dijauhkan..

kalau bukan kerana ego, 
sanggup Iblis tinggalkan syurga,
nikmat Allah yang begitu besar dan tidak terhingga tu~
tengok. hanya kerana ego nya

2. Cemburu

manusia pertama yang membunuh ialah habil dan qabil..
 hanya kerana seorang wanita 
hanya kerana cemburu..

3. Hasad dengki

iblis yang dengki
sentiasa merancang utk menghancurkan anak adam
menghasut adam dan hawa makan buah zalqum
satusatunya larangan allah di dalam syurga
dgn kedengkian dan hasutan iblis serta kemahuan hawa tercinta.
terkeluar lah sepasang manusia dari dunia ke syurga



fikir fikirkan lah..



di rumah al-arqam

Abu Dzar berbicara kepada Bilal
'kau anak hitam!'
di hadapan Rasulullah

begitu mulianya Rasulullah dlm mentarbiyah umatnya
benda remeh yg kecil dipandang besar oleh baginda
Rasulullah berkata kepada Abu Dzar..


'Kau ni masih ada JAHILIYAH!'


rasulullah amat menitik beratkan pertalian ukhwah
kerana di dalam Islam,
muslim itu bersaudara
dan ukhwah lebih penting daripada darah daging

sekiranya seseorang itu memeluk agama islam,
terpisahlah dia daripada keturunannya
dan hiduplah dia bersama ukhwah islam

lalu..

Abu Dzar pon meletakkan mukanya di atas tanah..

'pijaklah kepalaku wahai bilal!'

dengan kasih, bilal menafikan

'Aku MaafkanMu..wahai Abu Dzar'



Allah itu sendiri Maha Pengampun terhadap hamba2nya..
jadi mengapa kita perlu mahalkan pemberian maaf kita kepada org lain..?

renung renungkan :)

Older Post